Penubuhan Kementerian
Fungsi KPDNKK
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
- Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
- Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:
Perdagangan Dalam Negeri
- Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
- Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu;
- Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
- Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Melesenkan urusniaga jualan langsung;
- Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
- Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
- Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
- Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.
Kepenggunaan
- Melaksanakan program pendidikan pengguna;
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
0 comments:
Post a Comment