Add BioDiscQi di Twitter!!

Pengenalan Bio Disc

Apakah Bio Disc??



Bio-disc merupakan salah satu penemuan baru dalam penjagaan
kesihatan. Ia merupakan produk yang terunggul di dunia yang mempunyai 13 jenis mineral hasil teknik pelakuran haba (heat fusion) yang tinggi menggunakan teknologi nano. Kita bernasib baik kerana terdapat seorang pakar kesihatan yang telah menemukan Bio Disc setelah menjalankan kajian tentang air lebih daripada 25 tahun. Beliau yang dimaksudkan ialah Dr. Ian Lyon. Ini merupakan penemuan baru di dalam teknologi perubatan di dunia.

Ia diperbuat daripada teknologi nano di mana mineral semulajadi yang terdapat di dalam Bio Disc digabungkan dan diikat bersama pada peringkat molekul dengan menggunakan beberapa kaedah pelakuran (fusion method). Gabungan mineral dan pelakuran tersebut menukarkan tenaga menjadi 'resonans' semulajadi yang tahan untuk jangka masa yang lama serta mempunyai keupayaan untuk dipindahkan kepada sebarang keadaan cecair. Ini menunjukkan ia dapat mempengaruhi rantaian molekul cecair.

Tenaga “chi” telah terhasil daripada getaran yang terjadi daripada gabungan kesemua komponen Bio Disc melalui teknologi nano. Tenaga yang unik tersebut dapat menjana struktur molekul air. Bio Disc dapat menjanakan tenaga semulajadi yang menghasilkan frekuensi tenaga SCALAR yang tidak mempunyai kesan sampingan. Menghasilkan cahaya FIR yang bergetar pada frekuensi sama pada tubuh manusia. Oleh itu, Bio Disc dapat mengaktifkan sel, memulihkan sel tubuh dan peredaran darah secara asasnya.


Bagaimanakah Bio Disc berfungsi?



Frekuensi ritma ‘beta’ berputar mengikut arah lawan jam seperti bentuk tenaga gelombang lain yang boleh mempengaruhi objek lengai (inert). Oleh yang demikian, ritma ‘beta’ pada frekuensi dan kelajuan yang tepat boleh mempengaruhi sesuatu cecair.

Pemindahan Frekuensi Bertenaga Nano ke dalam atau melalui cecair akan memberi kesan terhadap 'nano' di dalam cecair tersebut. Apabila mineral nano bertemu dengan frekuensinya yang spesifik, ia akan menunjukkan sifat yang berbeza daripada atom asal. Contohnya air akan dapat mendidih dengan lebih cepat, lebih ringan serta membias cahaya dengan lebih terang.




Mengapa Bio Disc menjadi pilihan pengguna

Berdasarkan testimoni pengguna terdahulu, air yang telah ditenagakan oleh Bio Disc dapat:
  • Meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah.
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.
  • Membantu memperbaiki penglihatan.
  • Menghasilkan resonans yang mempunyai kuasa menenangkan yang boleh meningkatkan tahap kognitif mental.
  • Air minuman yang telah dialirkan pada Bio Disc dapat membantu anda menyahtoksik dan menghidrasi semua sel-sel badan.
  • Merendahkan tahap stress.
  • Meningkatkan pengambilan nutrien.
  • Meningkatkan kualiti rasa air minuman.
  • Meningkatkan rasa makanan dan minuman.
  • Membantu mengekalkan penyimpanan makanan di dalam peti ais.

Terdapat kelebihan lain yang boleh didapati daripada Bio Disc ini seperti:
  • Menjimatkan minyak PETROL kenderaan sehingga 10-30% penjimatan (namun ia juga boleh mencapai 50% penjimatan bergantung pada jenis,keadaan dan umur kenderaan).
  • Mengurangkan kesakitan sendi.
  • Melegakan kesakitan migrain.
  • Memperbaiki tekanan darah.
  • Merendahkan kandungan gula di dalam darah.
  • Perokok: menghalang kandungan tar di dalam rokok daripada termendap di dalam badan.
  • Membantu pesakit artritis dan penyakit-penyakit reumatik lain.
  • Membantu pesakit buah pinggang.
  • Dapat melarutkan pembentukan batu karang.
  • Menghilangkan ruam.
  • Kegunaan kosmetik dan krim wajah.
  • Menyegarkan tekstur kulit.
Category: 2 comments

2 comments:

Cheif Executive Officer, said...

untuk baikpuleh ketagihan dadah boleh ke?

Anonymous said...

sekarang terdapat banyak bio disc di pasaran yang mendakwa punya kebolehan untok menyemboh(dengan izin allah)perseolanya mana satu yang ori...

Post a Comment