Add BioDiscQi di Twitter!!

Bagaimana Amezcua Biodisc dapat mengharmonikan Eczema?

Seperti rawatan bagi penyakit yang lain amalkan gaya hidup anda dengan menggunakan air yang ditenagakan oleh biodisc dalam kehidupan harian anda. Teknik yang akan dikongsikan adalah sperti berikut:

a) MINUM: amalkan 2 gelas pagi;tengahari;petang dan malam (3Liter)

b) SPRAY: spray dengan air biodisc pada kawasan eczema dengan menggunakan mist spray yang boleh didapati di Watson

c) SULUH: dengan menggunakan lampu automatik pada kawasan eczema. lampu ini boleh didapati daripada orang perseorangan

d) MANDI: amalkan mandi air biodisc 3x sehari
Category: 0 comments

Penyakit Eczema?

Apakah Eczema?http://www.medicinenet.com/eczema/article.htm

Eczema adalah term yang selalu digunakan dalam kebanyakan jenis inflamasi kulit (dermatitis). Bentuk eczema yang paling biasa ditemui adalah atopic dermatitis.walaubagaimanapun terdapat pelbagai jenis lain eczema seperti berikut:
            a)    Contact Dermatitis
b)    Xerotic Eczema
c)     Seborrheic dermatitis
d)     Dishydrosis
e)   Discoid eczema
f)    Venous eczema
g)   Dermatitis herpetiformis (aka Duhring’s Disease)
h)   Neurodermatitis (aka lichen simplex chronicus, localized scratch dermatitis)
i)    Autoeczematization (aka id reaction, autosensitization)

Eczema boleh dihidapi oleh lapisan masyarakat tidak kira umur, walaupun keadaannya selalu menyerang bayi dan 85% daripada yang hidapi eczema bermula sebelum umur 5 tahun. Eczema akan hilang pada umur 3 tahun pada sesetengah kes bayi eczema. Dalam sesetangah kes lain, eczema boleh dihidapi sehingga akhir hayat.Pesakit eczema kebiasaannya mempunyai sejarah keluarga eczema atau alahan seperti asma atau hay fever. Eczema selalunya dihidapi oleh perempuan berbanding lelaki dan boleh terjadi pada semua bangsa. Eczema tidak menular, tetapi kerana diyakini sekurang-kurangnya sebahagian diwariskan. 

Apakah penyebab Eczema?

Doktor tidak mengetahui punca sebenar eczema, walaupun begitu kerosakan pada kulit menganggu fungsi normalnya sebagai pertahanan awal tubuh dan kemungkinan ketaknormalan sistem imun menyebabkan ianya faktor yang penting. Terdapat kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pesakit eczema (atopic dermatitis) mengandungi kerosakan gen yang menyebabkan ketaknormalan bebrapa protein seperti filaggrin yang penting dalam mengekalkan pertahanan kulit tubuh.

Terdapat beberapa jenis eczema yang boleh dicetuskan oleh bahan-bahan yang bersentuhan dengan kulit seperti sabun, kosmetik, pakaian, detergant, barang keams dan peluh. Allergan persekitaran boleh mencetuskan terjadinya eczema ini. Selain itu, perubahan cuaca, humiditi, tekanan psikologi boleh juga menyebabkan keadaan ini. 

Apakah symptom dan tanda bagi Eczema pada bayi,kanak-kanak dan orang dewasa?


Eczema selalunya menyebabkan kekeringan pada kulit, kemerahan yang terdapat kegatalan ataupun rase terbakar, namun begitu keadaan ini berbeza daripada setiap orang yang menghidapi Eczema. Kegatalan yang teruk selalunya adalah simptom awal  bagi kebanyakan pesakit eczema. Kadang-kadang eczema boleh menyebabkan lepuh dan luka berdarah, tetapi ia juga boleh menyebabkan kulit kering dan bersisik. Amalan menggaru bahagian eczema boeleh menyebabkan ketebalan, kulit crusty pada kawasan tersebut.

Semua bahagian tubuh boleh kena eczema, walaupun begitu pada kanak-kanak dan dewasa, eczema biasanya terjadi pada muka, leher, siku, lutut dan pergelangan kaki. pada bayi pula, eczema selalu terjadi pada forehead, pipi, lengan, kaki, leher dan kulit kepala. Eczema boleh terjadi untuk masa yang singkat dan mungkin boleh jadi kronik.

Bagaimana Amezcua Biodisc dapat mengharmonikan aras kolesterol dalam darah?

Kolesterol yang tidak terlarut dalam darah akan bersirkulasi ke seluruh tubuh terutamanya organ jantung yang mempunyai salur darah kecil iaitu arteri dan di bahagian lain tubuh seperti salur darah otak etc. yang boleh menyebabkan keadaan "tersumbat" ataupun "blockage". Keadaan seperti ini boleh menyebabkan pesakit mengalami penerimaan oksigen yang tidak mencukupi kepada organ tersebut untuk menjalankan fungsi tubuh seperti biasa. Sebagai contoh ia boleh menyumbang kepada keadaan strok atau bahagian tertentu tidak boleh berfungsi seperti sedia kala.

Fahaman penggunaan Biodisc dalam perawatan kolesterol adalah dengan penggunaan air minuman yang telah ditenagakan oleh Biodisc yang mempunyai tenaga positif pada molekul air tersebut. Apabila air tersebut diminum oleh seseorang pesakit, air Biodisc akan diserap masuk ke dalam darah dan membawa tenaga positif dalam tubuh. Melalui zarah kolesterol yang mempunyai tenaga negatif dalam salur darah manusia memudahkan air Biodisc tadi memegang zarah kolesterol yang negatif untuk disingkirkan ke luar tubuh daripada ia termendap pada salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat. Oleh itu, para pesakit digalakkan meminum air Biodisc sebanyak yang mungkin dan perhatikan perubahan pada diri dengan menjalankan ujian darah di klinik atau di tempat yang berkaitan. Seperti biasa setiap individu mempunyai tempoh pemulihan yang berbeza....

Aras Kolesterol tinggi dalam Darah?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL

Bagaimana Amezcua Biodisc dapat mengharmonikan masalah darah tinggi?

Masalah darah tinggi adalah salah satu penyakit 3 serangkai yang melanda masyarakat di Malaysia. Oleh itu, satu inisiatif daripada pihak saya untuk membantu anda mengharmonikan peyakit darah tinggi daripada menjadi keadaan yang lebih teruk seperti stroke, pitam dan pengsan serta mengakibatkan keadaan yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dengan air yang ditenagakan oleh Biodisc seperti:


a) MINUM: amalkan 3 Liter sehari dan lihat perbezaan nya bermula 2 minggu, sebulan, sebulan setengah dan seterusnya. Insya'Allah perubahan yang ketara akan dimiliki. TETAPI ingin diingatkan di sini bahawa setiap orang yang mempunyai penyakit yang sama tidak semestinya memiliki waktu pemulihan yang sama. Ini disebabkan sistem tubuh setiap manusia mempunyai sedikit perbezaan.


b) SPRAY: amalkan spray air Biodisc kepada bahagian-bahagian yang tidak selesa dan sakit.

 c) SULUH: gunakan lampu suluh yang berautomatik di bahagian utama badan seperti ubun-ubun, tengah dada, pusat dan juga hujung kaki. Posisi ini dapat membantu mempercepatkan keadaan tubuh kepada normal seperti biasa.

Apakah yang Anda Faham tentang Tekanan Darah?

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung  keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung  Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung erehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring..

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mHg semasa berehat.