Add BioDiscQi di Twitter!!

QUIP- better University for Business and Science!!


Category: 0 comments

Water From Air...Greatest Tools for Us...Go Green!!!


Cara memperolehi air bertenaga daripada Amezcua Biodisc 2...


Category: 0 comments

Premier International University Perak @ QI University Perak...

Category: 0 comments

Kekeliruan & persoalan tentang Biodisc???

Bio disc merupakan wellness device, yang berfungsi sebagai medium untuk memindahkan tenaga yang terpendam di dalam kaca tersebut (energy transfer). Bio disc bukanlah produk yang termasuk di dalam kategori “drugs” yang dibenarkan, yang memerlukan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Ia juga tidak dikategori di  dalam produk makanan yang memerlukan pemantauan dan kelulusan daripada Food Safety and Quality Division, malah bukan juga sejenis mesin yang memerlukan penilaian teknologi kesihatan (PTK) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah, Bio Disc juga merukan wellness device antarabangsa yang telah diiktiraf para saintis dunia. 

Tentu anda pernah menggunakan alat kesihatan yang lain seperti Ogawa, Dr. Jism dan sebagainya bukan? Alat-alat rawatan alternatif seperti ini juga mempunyai tujuan yang sama seperti Bio Disc, di mana membantu memulihkan pesakit dengan menggunakan kaedah teknologi kejuruteraan dan sains fizik. Sebagai pengamal perubatan, saya melihat alat-alat seperti ini adalah salah satu kaedah rawatan alternatif yang boleh digunakan dalam membantu meningkatkan kefungsian pesakit, selagi tidak mendatangkan kemudaratan kepada pesakit.

Bio Disc telah dikaji selama 25 tahun, diuji keberkesanannya terhadap manusia sebelum dipasarkan ke seluruh dunia. Adakah kajian selama 25 tahun itu belum cukup membuktikan bahawa pelbagai ujian dan saringan telah dilakukan oleh Dr. Ian Lyons (Jerman) tidak mendatangkan apa-apa hasil? Sebagai pengguna Bio Disc, saya sendiri belum pernah mendengar pesakit mengalami mati keracunan akibat penggunaannya. Ini kerana Bio Disc menggunakan sumber tenaga terpendam scalar energy dan air bersih sebagai medium rawatan bagi pemindahan tenaga tersebut ke dalam tubuh apabila diminum. Bagaimana pula produk-produk kesihatan yang diusahakan oleh syarikat tempatan dan dipasarkan secara meluas di Malaysia ini? Adakah kajian secara terperinci dilakukan sedemikian rupa? Anda boleh memikirkan yang terbaik untuk diri anda…sesuatu yg baek utk kehidupan perlu digunapakai sepenuhnya.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan ubat-ubatan juga mempunyai kesan sampingan masing-masing. Pengambilan ubat-ubatan yang banyak boleh mengakibatkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang. Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini, lebih ramai golongan muda yang memerlukan rawatan hemodialisis akibat kerosakan buah pinggang  dan jumlahnya semakin bertambah sehingga kini. Adakah ini yang kita mahu? Tidak dinafikan penggunaan ubat-ubatan juga perlu, namun ia perlu diseimbangkan dengan gaya hidup yang sihat, aktiviti rohani serta rawatan alternatif lain.
Terima kasih.