Add BioDiscQi di Twitter!!
Showing posts with label hypertension. Show all posts
Showing posts with label hypertension. Show all posts

Aras Kolesterol tinggi dalam Darah?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL

Bagaimana Amezcua Biodisc dapat mengharmonikan masalah darah tinggi?

Masalah darah tinggi adalah salah satu penyakit 3 serangkai yang melanda masyarakat di Malaysia. Oleh itu, satu inisiatif daripada pihak saya untuk membantu anda mengharmonikan peyakit darah tinggi daripada menjadi keadaan yang lebih teruk seperti stroke, pitam dan pengsan serta mengakibatkan keadaan yang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dengan air yang ditenagakan oleh Biodisc seperti:


a) MINUM: amalkan 3 Liter sehari dan lihat perbezaan nya bermula 2 minggu, sebulan, sebulan setengah dan seterusnya. Insya'Allah perubahan yang ketara akan dimiliki. TETAPI ingin diingatkan di sini bahawa setiap orang yang mempunyai penyakit yang sama tidak semestinya memiliki waktu pemulihan yang sama. Ini disebabkan sistem tubuh setiap manusia mempunyai sedikit perbezaan.


b) SPRAY: amalkan spray air Biodisc kepada bahagian-bahagian yang tidak selesa dan sakit.

 c) SULUH: gunakan lampu suluh yang berautomatik di bahagian utama badan seperti ubun-ubun, tengah dada, pusat dan juga hujung kaki. Posisi ini dapat membantu mempercepatkan keadaan tubuh kepada normal seperti biasa.

Apakah yang Anda Faham tentang Tekanan Darah?

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung  keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung  Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung erehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring..

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mHg semasa berehat.

Penyakit 3 Serangkai di Malaysia...apakah yang anda harus lakukan?


Apakah punca wujudnya penyakit 3 serangkai ini?...anda boleh fikir sendiri punca dan akibatnya di kemudian hari...kemajuan yang terkini dalam bidang nanoteknologi telah menghasilkan alat baik pulih semulajadi yang menakjubkan di dunia perubatan alternatif....ia dikenali sebagai Amezcua Biodisc. Biodisc telah tersenarai dalam alatan nanoteknologi di bawah senarai yang dikeluarkan oleh kementerian perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.

Namun begitu, keperluan dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia adalah amat rendah kerana kurang percayanya ke atas Biodisc. Saya sebagai penasihat dalam penggunaan Biodisc boleh berkongsi pengalaman dalam rawatan pelbagai penyakit, namun begitu segala kebaikan datang dari Allah atas usaha saya dan anda sendiri.